Sep 30, 2007

Persahabatan: cerita sebuah anugerah


Dalam hidup ni, kita semua ada kawan, kan?

Kawan, teman, sahabat..ada macam-macam istilahnya. Selain tu, ada jugak berkategori: macam kawan baik, sahabat sejati, teman rapat..istimewa. Macam-macamlah.

Definisinya ada pada kita.

Sahabat baik. Erm, bila cakap tentang sahabat baik, teringat bahawa Baginda Rasulullah pernah mengandaikan jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan berbau harum, dan jika kita berkawan dengan tukang besi, kita juga akan terpalit sama dengan baunya.

Kawan, sahabat dan teman..ada impak dan fungsinya dalam kehidupan kita, kan?


Anda pernah ada sahabat baik? Sahabat baik tu macam mana ya?? Yang selalu bersama kita, siang malam? Yang sanggup bersusah payah demi kita? Yang menerima diri kita seadanya?

Macam-macam juga tafsirnya.

Sejurus usia matang ni, saya mafhum bahawa dalam surah Al Asr ada caranya untuk menjadi dan mendapatkan sahabat baik kita. Tuntas, sahabat baik itu berkolerasi dengan ciri-ciri,

"yang mengingatkan pada kebaikan dan menyatakan dengan kesabaran"

Hidup ini. Macam-macam jenis kawan dan teman yang kita jumpa. Saya pun. Langsung, diikatkan bahawa, dalam persahabatan perlu selalu saling berpesan-pesan. Mengapa??

..supaya semua mendapat manfaat dan kebaikan. Sahabat yang baik takkan mahu melihat sahabat berada dalam kepincangan dan kerugian. Tidak sama sekali.

-----------------------------------------------0

::Tentang pengorbanan::

Perlukah berkorban untuk menjadi sahabat yang baik, Long?

Iya, perlu dik.

Kenapa Long?

Sebab kita mahu yang terbaik buat kawan-kawan kita.

So, berkorban yang macam mana tu Long?

Yang termampu. Asasnya keikhlasan. Bila ada yang perlukan bantuan, kita bantulah mana termampu. Ada yang mahu nasihat, kita duduk sekejap berkongsi nasihat dan pendapat. Jika sahabat kita sedih...ah, takkan kita mahu lihat mereka dalam keadaan begitu?

Erm, ye jugak. Kalau tak ikhlas susah ek?

Ikhlas itu di hati. Tapi, bisa dicetuskan dari perbuatan kita. Yang terzahir itu pasti akan mencerminkan kasih sayang dan prihatin kita pada orang lain.


Along pernah berkorban?

Emmm, pernah kot.

Kot?

Mari dengar Along cerita ni...

"Dulu along ada seorang sahabat. Ya, sahabat baik, yang jurusnya rapat hingga terasakan di jiwa. Tapi, maaf kata...dia seorang lelaki"

..ouhh

"Along tak pernah pun berjumpa dengannya. Kami berhubung di hujung talian. Itu saja. Lama juga, hampir empat tahun lamanya. Dia memang sahabat yang istimewa..."

...istimewa yang macam mana Long?

"Sebab surah Al Asr jadi sebuah landasan. Bersahabat dengannya adalah simbol lapang dan damai. Dia bagaikan guru yang mendidik. Ada kala teman pengubat sedih. Selalunya, dia adalah sahabat yang bersiramkan nasihah dan hikmah. Bicara kami yang baik-baik. Tiada wasangka. Dia memberi galakan dan penawar hati yang kesakitan tanpa pedoman. Dia memangnya sejati"

..wah, macam tu ke? Tapi, mana boleh ada istilah kawan baik antara lelaki dan perempuan Long..mustahil..

"Ia, betullah tu, dan sejak dia berkelana dan mempunyai yang istimewa di hati...along menjarakkan diri. Along jauh..dan jauh..

..err, along??

Inilah dia pengorbanan dik. Jika meletakkan ikhlas itu di hatimu, genggamlah ia selalu. Allah akan memelihara ia dan menjauhkan hati-hati yang nanar berkesiangan.

..maksud?

Along 'putuskan' sudah persahabatan ini. Bukan mahu mendera sesiapa, tapi menerima ia sebagi satu suratan. Di hati lelaki, hanya ada seorang yang layak digelar isteri juga bondanya sejak azali. Along berjauhan kini darinya. Redha..

...Along...rindu pada dia?

-----------------------------------------------0

Sahabatku yang sejati,kurnia Tuhan nikmat di dunia. Semoga dirimu dalam bahaga.Akan sering kuingati pesanmu, kalam Tuhan dan hadis Nabi sentiasa mejadi pegangan nurani.

Terima kasih, dalam sebentar kita berkongsi sebuah hakikat manusia, dan berpisah itu juga sebahagiannya.

Bila-bila mahu mengenangkan, lihat rembulan yang akrabnya mulus sejati. Kita berjauhan, tapi masih menatap bulan yang sama. Moga Allah sentiasa memberkatimu sahabatku..ameen.

::manusia, teman akrabmu seharusnya DIA::

4 comments:

Yussamir Yusof said...

Sahabat itu bagaikan jari jika diri ini adalah tangan.Kerana sahabat lah,Nabi berjaya menyampaikan dakwah,kerana ahlu hawariun lah,nabi isa dapat sebarkan dakwahnya.Dan kerana Sahabatlah,nabi mendoakan 10 sahabatnya dan menjanjikan meraka masuk kedalam syurga.Kerana sahabat jugalah kita dapat rasa erti kehidupan,dan kerana sahabat kita belajar erti susah dan senang.KAlau ditanya Saiditina Aisyah isteri kesayangan nabi tentang sunnah nabi ketika dluar rumah,tidak semua yang dia tahu,tapi tanyalah sahabat.pasti sahabat akan memberitahu apa sahaja sunnah yang dilakukan oleh BAginda...Begitu besar makna sahabat pada diri ini..Dan artikel ini membawa ingatan saya pada 10 orang sahabat saya,yang 6 nya diperantauan dan 4 orang lagi masih dibumi Malaysia.Moga satu hari,kami dapat berkumpul bersama-sama seperti dulu...

-yus yang tak malu kata diri dia adik tipu2 along-..hahaha..k salam ramadhan.Yus ngah final exam ni,doakan yer..

Mentor_ulung said...

yus ^_^ V

Semoga kalian bersua, kita semua pastikan merindui sahabat2 lama, terkenang kenangan ...rindunya -_-

iya, sahabat yg baik, ada impak positif, langsung hargailah mereka, dan bawakan mesej terbaik ke mana aja kita berpergian. Moga kita juga akan jadi sahabat yg baik juga kpd yg lain :)

aaaa....takde masalah mau jadi adik along, hehe...yg muda2 tentulah jd my junior, no probs bro :)

erm...maannajah ya, kami final pas raya..huhu. Salam dari Taman dan Budi buat adik Yus ^_^ V

mira said...

along ada raaaamai abang tipu-tipu. hehe.. :p

Mentor_ulung said...

mira...psstt...mira, alahai pecah rahsia along..ngengehehe :P